Monday, 8 February 2010

MAT PAU!!!


Ceritanya lebih kurang dgn bagaimana saya memegang kamera NIKON D90 ini...

"Anntaj..ada duit tak??? Alaaaa..pakaila duit anntaj dulu....nanti dia (ketua bhgn) bayar laaa....." kata Mamat ni.
"Tak de laaa..." jwb saya menipu. Saya sengaja malas nak bg duit saya sbb takut.

Saya tengok Mamat ni merata2 minta duit, sbb nak bayar kat India yg hantar brg. Semua org jwb takde. Takkan takde, bisik hati saya.

"Anntaj..tolong laaa...India tu nak duit la, pinjam dulu, nanti saya mintak ngan ketua bahagian tu, ckp duit anntaj" pujuk Mamat ni.
"Tak nak laa...nanti gaji baru bayar, lama lagi tuuu..." sengaja bg alasan.

Mamat ni mintak juga, sbb dia tahu saya ada duit, sbb saya baru langgan Mc.Donalds, jd boleh pinjam lah. So saya nak buat mcmana??? Nak sorok??

"Janji, bayar balik duit saya" tegas saya.
"OK..." akui MAMAT ni.

Ceritanya begini, Mamat ni minta saya bayarkan dulu dgn duit saya, sbb ketua yg jaga bhgn ni keluar. So Mamat janji akan bgtahu ketua, yg duit yg dibayar td ialah duit dia dulu.

ESOK PAGI...
"Mcm mana duit saya? Dia dah bagi kat awak ker???" tanya saya.
Tiba2 Mamat yg keluar dari toilet ni keluarkan duit dari pokot dia, RM5, lalu hulurkan kat saya dgn suara yg kuat.
"Nah anntaj...ambiklah yg ni dulu...nanti saya bayar balik..."Tak faham sungguh saya. Kenapa bising? Kenapa bagi RM5??? Itu bukan jumlahnya...

Rupanya saya faham, duit saya, ketua bahagian sudah bayar, tp bagi kat Mamat ni, sbb Mamat ni kata duit dia. Bila Ketua bahagian tu bayar, dia PAU duit saya tu.
So skrg saya panggil dia 'MAT PAU!!!!'
Cerita dgn org, rupanya dah ramai yg terkena dgn Mat Pau ni.
Saya dgn muka tebal, SMS mamat ni pada hari kedua (sbb tiada apa2 perkembangan).
SMS SAYA : 'En. MAMAT PAU, saya dah malu muka nak minta duit saya. Saya ingat Ketua Bahagian yg tak bayar duit saya, tp bila dia bayar...U lak PAKAI duit saya. Bla..bla..bla..bla.....'
Pastu dia panggil saya...
"Anntaj, kan saya dah kata saya kena gi bank dulu...bla...bla...bla...."
Kenapa kena tunggu gi bank dulu??? Kenapa nak pakai duit dlm bank Mat PAU??? Sbb Ketua Bahagian dah bayar duit saya, takde guna duit bank sesiapa pun....huhh...

Pastu, dia bayar duit saya. Lepas dia bayar...terus dia tak nak tegur dgn saya.
SUSAHNYA! Skrg saya baru jumpa dgn MAMAT begini....Pastu saya pun dah malas nak layan. Semoga Mat Pau terjun dgn labu2 merahnya...

Tuesday, 2 February 2010

Kepala tak sama!



Bila kepala lagi tidak sehaluan...
"I tak suruh U jujur, yg penting U sayangkan I dah cukup"

Bila dlm keadaan yg lain...
"Awak skrg semakin baran, iyerlah dgn keadaan awak skrg..."

Jadi bercakaplah sesuka hati, ialah jawapannya kepala tidak sehaluan. Andai tidak dapat meletakkan diri ini ditempat yg halus, teruskanlah jika diriku bukan lagi boleh menyuluhmu dalam erti kata lain.

Katakan budak kecil yg comel itu menipu, demi kemenangan.
Katakanlah ibunya hancurkannya sebagaimana dulu.
Jika dirimu tak erti...gelaplah.
Kerana sudah malas nasihat lagi.

Friday, 29 January 2010

Bila seorang Makcik Marah!!!


(Kenangan itu kdg2 manis bila kita kenang, walaupun pahit)

Masa saya berhenti di stesen minyak Padang Tungku, saya lihat seorang makcik sdg marah2. Marahkan siapa pun saya x tahu. Saya cuba dengar apa dia kata.
"Baso bodo sungguh! Anok gapo nyo! Tok laki pulok tok kea lah tok kaba bini turun kecing...Nyo tinggal aku bulih!!! Bodo laaa..."

Ohhh..fahamlah saya, makcik ni berhenti sini untuk ke toilet, mungkin anaknya dan juga suaminya tertinggal dia, lalu dimarahinya.
Org lain dah cakap-cakap, macamana boleh tertinggal...takkanlah boleh tertinggal emak sendiri dan jugak, takkanlah tak sedar tiada penumpang di belakang...

Saya senyum, sebab saya faham.
"Sebenarnya benda ni boleh terjadi, saya dulu pernah tertinggal Mama saya. Sampai rumah baru saya perasan Mama saya takde kat tempat duduk belakang" cerita saya jujur.
Geli hati pun ada jugak bila tengok makcik ni berleter.

Tiba2...kereta Merz model lama sampai depan pintu stesen minyak. Saya hanya perhatikan gelagat makcik ni.
"Wooooo benggong sunggoh laa..tok kaba ko aku turun kecing?? Bangat nyo tinggal..." kata makcik ni lepaskan geram.
Saya senyum, sebab suami dan anaknya dah tergelak2 dlm kereta.

"Bodoh punya anak!!!!!" tiba2 org yg melihat peristiwa ni menjerit ke arah kereta Merz tersebut.
"Boleh blahhhhhhhh laaaaa!!!!" sambut seorang lagi.

Saya senyum. Kdg2 org fikir tak logik, boleh tertinggal...tp bila kita laluinya..kita akan faham...

Tuesday, 26 January 2010

Saya tengah mamai...sebab ngantuk. Perjalanan dr KB-KL kali ni hati saya tak berapa seronok nak balik KL dah. Sebab tu saya ngantuk.
Tiba2 kereta slow saja, membuatkan saya semakin sedap nak tido.
"Mel...JPJ Mel..." tiba2 driver bersuara.
Saya dah pasrah...habislah nanti kena saman.
"Hmmm...mcm mana ni? Saman jer la..." saya kata perlahan.
Mata saya dah perhatikan abang JPJ tu sedang periksa lesen kenderaan di depan saya.
Gerenti dia akan mintak lesen driver sebelah saya.
"IC..." pinta abang JPJ.
"Ini IC..tp lesen mati..." akuinya jujur.
"Mana lesen???" pinta abang JPJ sekali lagi.
Dibaginya lesen saya...yg sudah mati.
"Lesen awak mana???" tanya abang JPJ...
"Lesen saya pun mati...yg sebelah saya ni ngantuk, sebab tu saya jadi driver..." terangnya macam sedikit panik.

Tiba2 saya tak sedap hati...
"Encik, tadi saya dah nak renew kat Pejabat Pos di Ketereh, tp katanya semua line JPJ kat Pejabar Pos takde..." akui saya jujur...
"OK..berhenti sana" suruh abang JPJ kpd driver.
Saya???? Terserahlah...

Driver pun turun berjumpa dgn JPJ...saya pun ikut turun.
"Encik, saya minta maaf...esok saya kerja..." terang saya jujur.
Abang JPJ tu belek2 lesen dgn IC saya dan juga driver.
"Berat awok duo nih! Duo2 lesen mapuh..." katanya tersenyum.
Saya dah rasa hairan. Orang Kelantan jugak abang JPJ ni rupanya...
"Tadi bakpo tak ambik terus lesen masa saya bagi nyoo??? Nati ore tengok..."
Saya bingung...kenapa dia cakap macam tu...tak faham...
Saya tengok driver...dan driver tengok saya...

"OK...jalan..." kata abang JPJ tersenyum.
Fuhhhh!!!!!
Saya jugak tersenyum...

Mata tadi yg mengantuk...tiba2 terus terang...macam lampu...
Kenapa saya lepassss...?????
Sebab abang JPJ tengok saya jugak org Kelantan ker????
Sebab abang JPJ kesian kat saya ker???
Sebab abang JPJ malas nak saman ker????
Sebab abang JPJ apa dia?????
:)

Tak Suka!



Salam semua...saya rasa dah lama tak tulis blog, sampai saya rasa saya dah kurang kawan...hmmmmm..
Apa khabar semua kawan2???
Bosannya duk KL...bosan bosan bosan...
Tak suka.

Monday, 14 December 2009

Mimpi Indah...


Malam 1 : Mimipi gigi geraham belah atas tercabut...
Malam 2: Mimpi terjumpa 6 ekor anak kucing yg berlainan saiz. Saiz paling besar dan saiz paling kecil saya tengok tak ada bulu. Saya pun tanya org, kucing siapa ni, kalau boleh saya nak bela. Org tu cakap, 'kucing wakaf'. Ambillah...
Pastu, org tu bagi kucing tersebut bersama dgn sarangnya yg besar seperti sebuah bilik.
Malam 3: Mimpi gigi bawah, bahagian depan...terkekuar...

Kenapa 2 kali mimpi 'gigi'..adakah sebab braces saya dah tolak gigi masuk dalam, hingga saya terbawa2 ke dalam mimpi???
:)

HAPPY NEW YEAR 2010..

Bersama Bonda

Entah bila lg saya akan dpt mkn ini 'bersama bonda'...sebab sebelum bonda balik ke KB, dia ada cakap..
"Dah x dtg dah Shah Alam...".

Saya fhm, mungkin temujanji dgn Prof. Dr. Aily di Doctor Global, Mont Kiara sudah tamat, jd Mama takkan datang lagi.

Apapun, syukur Alhamdulillah...Mama saya sudah kembali pulih seperti sediakala.